Misteri Pergolakan Syiria petanda kemenangan Islam?


Bismillah.

Semalam pergi Hospital Sultanah Bahyah lagi.Follow up doktor.
ada beli majalah Usrati sementara mengisi masa menunggu giliran.
majalah ni baru lagi.diterbitkan bulan disember tahun lepas.
isi yg semua menarik.mentarbiyahkan jiwa.

salah satu artikelnya mengenai pergolakan di Syria.
Selalu kita lebih menfokuskan saudara di palestin
tapi tahukah kita bumi syiria merupakan tempat turunnya Nabi Isa?
Syiria merupakan tempat Dajjal akan ditamatkan riwayatnya?
dalam artikel ini mnyatakan bnyk hadis mnyatakan 
perkara ini akan berlaku di Syiria.
Antaranya:

Rasulullah bersabda:

"Ketika Allah mengutuskan Isa al-Masih Ibnu Maryam,
maka turunlah dia di Menara Putih,disebelah timur Damsyik dengan mengenakan
pakaian yg dicelup dengan waras dan zafaran,
dan kedua telapak tangannya diletakkan di sayap dua malaikat.
Apabila dia (as) menundukkan kepala,
maka turunlah rambutnya,dan jika diangkatnya
kelihatan landai seperti mutiara.
Maka tidak ada orang kafir pun mncium nafasnya
kecuali pasti meninggal dunia,
padahal nafasnya itu sejauh mata memandang.

Lalu Isa mencari Dajjal hingga menjumpai di pintu Lud,
lantas dibunuhnya Dajjal.
Kemudian Isa (as) datang kepada satu kaum,
lalu Isa mengusap wajah mereka
dan memberitahu darjat mereka di syurga."

(Sahih Muslim, Kita Al-Fitan wa Asyrathis Sa'ah, Bab Dzikir Ad-dajjal:18:67-68)

Hadis lain yg menyebut brkenaan kemenangan Islam:

Ummu Syuraik bertanya kepada Rasulullah saw
tentang hari kemunculan Dajjal.

"Ya Rasulullah ke mana org Arab pada waktu itu?"
Rasulullah saw menjawab
Jumlah mereka pada waktu itu trlalu sedikit
mereka berlari ke Baitulmaqdis,
menjumpai Imam Mahdi
ketika imam mereka sudah brdiri di depan untuk
mengimamkan solat subuh,tiba-tiba datang
Isa bin Maryam.
Imam itu mengundur untuk memberi peluang
kepada Isa (as)
tetapi Isa (as) sambil memegang bahu imam itu brkata:
"Teruskanlah,sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau"
Maka bersolatlah mereka di belakang
Imam Mahdi
Selesai solat, Isa (as) berkata kepada semua jemaah
"Bukalah pintu itu"
Mereka membuka pintu masjid itu,
dan di belakangnya sudah ada 70,000 org yahudi lengkap brsenjata
Melihat Isa (as) ada di dalam masjid itu
Dajjal tiba-tiba sahaja cair seperti cairnya
garam disirami air.
Dajjal lari ketakutan.
Isa (as) terus sahaja mengejarnya kemudian menjumpainya
di Babu Luddi dan di situ lah Isa (as) membunuhnya.
Orang Yahudi pula lari menyembunyikan diri,
tetapi dengan izin Allah
 semua tempat yg mereka sembunyi brkata-kata
Benda-benda yg dimaksudkan
dinding,batu,pokok,kayu dan
termasuk juga sepohon pokok brduri (dikenali pokok Yahudi)

Dalam riwayat lain menyatakan pokok yahudi
ini akan melindungi Yahudi disebaliknya
"Tidak akan brlaku kiamat sehinggalah org Islam
memerangi orang Yahudi,mereka akan dibunuh
oleh orang Islam sehingga Yahudi trpaksa bersembunyi
disebalik batu ais dan pokok,
lalu batu dan pokok Allah brkata
Wahai org Islam! Wahai hamba Allah!
dibelakangku ada org Yahudi,
datanglah dan bunuhlah dia
melainkan pohon Gharqad, tidak memberitahu
adanya org Yahudi berselindung dibelakangnya
kerana ia daripada pohon Yahudi"

(Hadith Riwayat Muslim)

pokok Gharqad ni telah pun ditanam
 secara besar-besaran oleh Yahudi
boleh google kalau nak tengok bagaimana rupanya.

Selain itu dlm hadith lain menyatakan:

Nabi Isa (as) akan menyelamatkan umat Islam dari Dajjal
dia Isa (as) memerangi manusia yg menentang
Islam yg dibawa Nabi Muhammad saw,
mematahkan salib,dan menghapuskan jizyah.
Pada masa yg sama menghancurkan semua agama
kecuali Islam,beliau membunuh Dajjal
dan tinggal di bumi selama 40 tahun
kemudian wafat,dan kaum muslimin mensolatkannnya."

(riwayat Imam Abu Daud,Imam al-Hakim dan Imam Ibnu Khuzaimah)


Menurut Ibnu Katsir, Nabi Isa (as)
akan turun di sisi menara sebelah timur Masjid Jamik Umawi
iaitu sebelah timur Damaskus atau Damsyik.
Terdapat dua menara yg sangat mirip sebagaimana disebut dalam hadith
Kedua-dua menara itu adalah
menara Masjid al-Umawi (Umayyah)
dan juga menara tembok damaskus.

Apa sebenarnya yg brlaku di Syiria sekarang?
tahukah kita semua
di Bumi Syiria brlaku kezaliman ala Dajjal?

Rakyatnya di bunuh dengan kejam
kanak-kanak kecil dijadikan korban kpd rejim Bashar
pelbagai kezaliman yg dilakukan oleh rejim Bashar
antaranya sepanjang tempoh Saurah
dlm masa 42 hari telah syahid seramai 4,000 org rkyat syiria
dlm tempoh itu juga 39,000 org cedera
mereka ini juga tidak dirawat
bahkan dlm satu peristiwa iaitu
seramai 19 org doktor dan 40 org pesakit di hospital
trsebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
Manakala 9,000 tahanan di tahan,
.serta 413 org telah syahid di penjaranya.
Wanita2 diculik dan ada yg dirogol dihadapan ayh dan abg2 mereka
Seorg wanita brnama Zainab Al-Husni
telah ditangkap dan ingin diperkosakan
oleh tentera yg menangkapnya
tetapi beliau cuba melawan,lantas beliau dibunuh
dan tubuhnya dipotong empat.

Selain itu, tentera Syiria juga tak suka
rakyat Syiria menyebut ucapan takbir
mereka diperintahkan menukar kalimah
"laa ilaha illah Allah" kepada "laa ilaha illah Basyar Assad"
ertinya mengakui Basyar Assad sebagai tuhan.

Basyar Assad turut mengharuskan tenteranya
membunuh Muslimin Sunni
kekejamannya trhadap wanita dan kanak-kanak
jauh lebih dahsyat melebihi kekejaman Israel

Justeru, apa inisiatif kita untuk membantu saudara kita?
tak lain tak bukan doa
doa kan senjata org mukmin
selain mengambil tahu hal palestin,
jgn lupa juga saudara di syiria,Mali,Bangladesh
dan bnyk lagi negara yg menzalimi
orang-orang Islam.



Death Note :

There were some people i apologize personally.
Jazakallah for anyone of u that forgive me.
Some might think and said to me
"nak mati dah ka budak nih tiba2 nk mntk maaf"
but mengingati mati tu kan bagus?
ye tak ye tak??
ahaks.
thanks a lots.
believe me
" forgive people and ask for forgiveness will make u more calm"

Habluminallah Habluminannas
cause
maybe tomorrow is not yours anymore.
smile. =D










No comments:

Post a Comment