Senyum




Dingin.
Masih tak boleh lelapkan mata. Penangan tidur petang setelah balik dari Hospital Sultanah Bahyah.

Penat menunggu giliran.sesak di hospital menambahkan lagi keletihan.

Lihat kebanyakan orang sakit,ada yg tak boleh berjalan,ada yang buta,ada yang tak ada tangan. Timbul rasa bersyukur.Alhamdulillah Allah masih tak menarik nikmat kesihatan sebegitu dari aku. Tapi  aku tahu setiap yang berlaku setiap seseorang itu ada hikmahnya.

 “o Allah keep me alive as long as is good for me and when death is better for me lift me.”

Satu persatu mesej masuk malam itu mengucap selamat hari lahir. Doa-doa yang diutuskan,rasanya tak terbalas.

Jazakallah.

21. Satu angka yang besar bagiku. 
Bagi kebanyakan orang umur sebegini harus melambangkan kematangan. 
Nilai tanggungjawab seharusnya sudah sebati dalam diri. Terus terang menyatakan aku masih belajar. Sungguh segan dengan Aisyah r.a yg seawal usianya telah belajar erti tanggungjawab. Sedangkan aku??..hmm…

Ingin aku nyatakan segala pujian bagi Allah.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Hari ini lebih bererti bagiku kerana Allah memberikan sebuah hadiah yang tak trbanding dengan apa yang ada di dunia ni. Tau tak apa hadiah tu? Haa..makcik Hidayah datang menyapa.

Dulu. Hati terhijab nak menerima teguran orang. Buat tak dengar. Buat tak nampak.

Hati terhijab nak biar hidayah datang menyapa.

Namun Allah, Kau lebih menyetahui apa yang tersirat di hatiku. Kadangkala timbul rasa bersalah kepadaMu.

 Dengan takdirMu Kau kenalkan aku dengan seorang yg sangat memberi inspirasi kepadaku.Ustazah Fatimah Syarha. Dari youtube hinggalah ke buku-bukunya yang sangat memberi kesan. Aku nak menjadi sehebatnya,seindah mawar berduri.Namun hatiku masih tak kuat.Tak cukup dengan itu kau temukan aku dengan insan yang memberi inspirasi itu dalam satu ceramah ugama. Dia memberi no telefon nya jika aku terdapat masalah.Namun masih terikat dengan mainan dunia.Aku masih tak dapat berubah. Kau turut kejutkan aku dengan kematian seorang sahabat yang aku tak sangka akan pergi seawal itu. Waktu itu aku takut jika itu terjadi kepadaku,aku pergi menghadapMu dalam murkaMu. Kau berikan aku kesempatan mandikan mayat.Mendengar bacaan talqin, yang menegaskan dunia hanya sementara.Tapi aku masih tak kuat.Lemah.

 Akhirnya Kau mudahkan jalan ku, dengan membuang rasa cintanya. Saat itu aku dah tak ada alasan untuk tak berubah lagi. Selain itu Kau turut hadirkan kembali rakan-rakan di MRSM dulu yg proudly to say that diorang yg sangat hebat akhlaknya. Yang turut memberi inspirasi kepadaku.Terima Kasih Ya Allah atas hadiah yg Kau berikan ini.


Aku yakin hidayah itu milik Allah. Allah memberikan kepada siapa yang Allah kehendaki. Sungguh aku rasa beruntung menjadi salah seorang daripada orang-orang yg Kau berikan hidayah.


“Dan jika Allah menhendaki, tentulah Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama Allah yang satu), akan tetapi Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu telah kerjakan”   (An Nahl:93).


Namun dalam masa yang sama aku takut.
Takut nak menghadapi dunia ni. Bimbang hidayah yang Allah bagi ni ditarik balik. 
Bimbang ketenangan ini dirampas lagi.Sungguh aku tak kuat. Aku bukan malaikat yang imannya sentiasa mantap.
 Tapi aku manusia biasa yang imannya kadang-kadang di bawah,kadang-kadang di atas.


Ayat yang diambil dari blog Angel pakai gucci!. yang buat aku sentap kau!

Dulu terutama di MRSM dlu dalam apa-apa perkara, aku selalu cakap kat hatiku. Saat malas nak p usrah.Saat malas nak kejutkan orang subuh. Saat malas nak p isyak berjemaah. Ayat untuk semangatkan balik diriku, Jika kita bantu agama Allah.Allah akan bantu kita.  Dah lama ayat ini aku tinggalkan dari melekat dalam hati. Harapan aku moga ayat tu sentiasa melekat di hatiku lagi. Aku rindu saat itu.

Bermujahadah bukan perkara yang mudah. Istiqomah bukan senang.Namun, aku sentiasa titipkan doa Allah sentiasa memudahkan perjalanan hidupku, berdasarkan redhaMu.

Impian ku menggunung selepas tamatnya SPM.Azamnya banyak tapi hampeh tak tercapai dek kelalaian diri.dush! rsa macam nak tumbuk ja diri nih.ishh..tapi InshaAllah cuba sedaya upaya nak membina kembali jalan-jalan untuk mencapai cita-citaku. Biarlah hanya aku yang tahu apa yang aku cita-citakan. Saat diri jatuh sebegini, tak mungkin mudah untuk aku membinanya kembali. Step by step.Alhamdulillah, Allah makin mudahkannya bagiku.





Now I’m officially 21.Tahun memberi makna sangat bernilai bagiku.

Hai. i'm officially 21. Tabik hormat! ahaks


Senyum.

Mak masak makanan yang sedap hari ni. Hee..Kepada yang memberi hadiah dan menjanjikan hadiah. Terima Kasih.Domo arigato. Jazakallah. Thank you. ^.~










No comments:

Post a Comment